? ??????????????My Passion? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??1 Grab Today. 1 Total Grab. ??????Get
the Code?? ?? ?????Stack My Loot? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??0 Grabs Today. 0 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Luck 'O The Buterflies? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Rat CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday, February 14, 2009

Saya Murid Baru Belajar ...

Alkisah seorang murid perempuan yg diberi tanggungjawab sebuah borang dan sebuah fail sekadar untuk ditunjukkan pada tiga rakan sekelasnya, dan fail itu perlu dia pulangkan semula kepada guru kelasnya.

Syahdan, maka dia pun ke kantin, almaklumlah ketika itu waktu rehat. Diletakkannya fail dan borang itu di atas sebuah meja makan dan dibiarkan sahaja di atas meja untuk membeli burger (selera besar nampak)...

Setelah onak duri ditempuh membeli burger tadi, dia kembali ke tempat asalnya. Didapati...

"Aaahh!!!" dia kebingungan. Fail itu hilang! Bersama borang tadi!

Seorang rakan setingkatannya memberitahu bahawa fail itu diambil oleh guru pendidikan sivik kelasnya. Kelegaan jelas terpancar di wajah murid perempuan tadi. Sekarang, dia hanya perlu menghabiskan makanannya dan mengambil semula fail itu.

"Macam mana fail ini boleh sampai dulu dari awak?" kata guru kelasnya, menyakat.

"Ntah la cikgu, dia ada kuasa kot... hehehe..." dia pun mengambil fail tersebut. Tetapi ..

"Cikgu..! Borangnya mana?"

"Ha? Borang? Bukan tadi saya bagi awak ke?"

"Memanglah, tapi tak ada pun dalam fail ni,"

Guru kelasnya pun mengambil lagi satu salinan borang. "Ni dia, borangnya, jangan lupa bagi pada Danial," pesan guru kelasnya.

"Baik, siap!" dia gembira. "Saya minta maaf cikgu..."

"Tak apa..." balas guru kelasnya, lembut.

Hatta dia pun pulang ke kelasnya, tingkatan 1 KRK (kelas rancangan khas) dan memberi borang itu pada rakannya dan fail itu sebagai bukti untuk dua rakan Indianya bahawa borang tawaran masih belum dihantar.

"Saya kena belajar dari kesilapan!" getus mulutnya apabila dia memulangkan fail itu pada guru kelasnya.

"Ya, tepat sekali!" guru kelasnya tersenyum. Kemudian murid perempuan itu pun berlalu pergi dengan satu pelajaran yang sangat berharga buatnya.

AinaKyra 96
13 Februari 2009