? ??????????????My Passion? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??1 Grab Today. 1 Total Grab. ??????Get
the Code?? ?? ?????Stack My Loot? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??0 Grabs Today. 0 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Luck 'O The Buterflies? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Rat CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sunday, February 15, 2009

Menangislah ...

Menangislah di Bahuku – Firdaus

kau datang padaku seperti biasa

ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahawa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah air mata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong untuk menangis
lalu untuk apa air mata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia

menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)



Assalamualaikum ...

Kalau anda menangis , biasanya anda dipujuk supaya jangan menangis lagi , tapi tidak mengikut lirik lagu ini , dia akan membiarkan sahabatnya menangis untuk melepaskan apa yang terbuku di hati .

Urm ...

Kalau jejaka yang menangis , pasti dikata bahawa lelaki ni tak macho lah , lembik lah ... tak kuat lah ... dan yang sewaktu dengannya . Kalau perempuan pulak ... manja , kebudak-budakkan ... whatever lah , sama je la tu. Tetapi hakikatnya , mereka amat memerlukan 'kawan menangis' juga , bukan sekadar 'kawan ketawa' sahaja . Tu lah macam peribahasa 'kawan untuk ketawa bersama senang dicari , kawan untuk menangis bersama susah ditemui' .

Pernah saya terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa lelaki atau perempuan yang menangis itu seorang yang jujur. Penulis artikel itu pun hairan mengapa kalau orang khususnya lelaki yang menangis dianggap lembik . Kalau anda mempercayai 'falsafah' bahawa lelaki yang menangis ialah lelaki yang lembik , anda 200% salah. Ini kerana sebenarnya lelaki yang menangis kerana sesuatu yang membuatkannya sedih ialah lelaki yang jujur , kerana dia tidak memendam perasaannya begitu sahaja , dan tidak membuatkan orang lain tertanya-tanya . Selain itu , lelaki yang menangis itulah lelaki yang sebenarnya kuat kerana mampu menanggung kesedihan yang besar sehingga membuatkannya menangis .

Begitu juga dengan perempuan . Perempuan biasanya kuat dalam menempuh cabaran hidup . Dan kadangkala apabila kesedihan mereka tak terbendung lagi , barulah mereka menangis . Sama sahaja dengan lelaki .

Opps , lagi satu , kalau seseorang menangis , kita akan dapat tahu besar mana masalah dan kesedihannya dan membuatkan kita bersedia untuk berada di sampingnya dan menasihatinya agar tabah dalam menghadapi dugaan hidup .

Kesimpulannya , kalau ternampak orang menangis tu , biarkanlah mereka meluahkan isi hati mereka dengan air mata . Mereka bukan lemah , tetapi terlalu kuat menahan luka di hati sehingga pecah tak terbending lagi.

AinaKyra 96
15 Februari 2009