jumaat ptg lepas habis sekolah thn 2007 aku, kak ina dan kak aqis gi klcc naik LRT. pergi pkl 1:30 ptg. dah sampai sana mukaddimahnye makan popcorn! sambil tangkap gambar lagi guna hp kak aqis. pastu jln2 tengok brg apa nak dibeli. atau istilah tepatnye cuci mata. kak aqis mulanye nak beli sweater tp asyik tukar2 je. jadi sementara nak fikir mana satu nak dibeli, kami pun ke McD beli aiskrim. kak ina dan kak aqis beli aiskrim vanila, aku beli aiskrim chocotop. so nak tenangkan fikiran, kami berjalan-jalan di taman klcc sambil tangkap gambar. banyak sangat gambar ditangkap. dah la waktu tu waktu yg sungguh tenang, angin tiup sikit2 dan tak berapa panas, redup jer. ahh...segarnye aku dr udara yg dicemar. lepas jln2 kat taman, seberang jambatan, jln2 kat taman kanak2 dan kolam sambil tangkap gambar, tak lupa kewajipan sebagai seorang muslim, apa lagi, solat asarla. lepas solat asar, dah tenang fikiran, sweater warna olive kat kedai tadi tu dah berjaya menambat hati kak aqis. apa lagi, lepas beli sweater, makan kat McD la! lepas sedap makan kentang, ayam spicy dan minum coke, memandangkan lagi setengah jam nak masuk waktu maghrib, kami pun balik naik LRT. balik pun kak aqis sempat lagi top up dan kami beli keropok dan chewing gum. pastu dgn badan yg penat dan hati yg puas, kami pun balik rumah. huh sakit kaki sikit, tapi aku lagi rasa gembira drpd penat. ye la, bukannye selalu dpt pergi sane. okla setakat ini saje catatan pd 16 November 2007...
Monday, November 26, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment