? ??????????????My Passion? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??1 Grab Today. 1 Total Grab. ??????Get
the Code?? ?? ?????Stack My Loot? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??0 Grabs Today. 0 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Luck 'O The Buterflies? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Rat CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday, March 5, 2009

Nikmat dan Kehilangan ...

Assalamualaikum ,

ish ! boring gila ! macam nak mati tau ! sepanjang minggu ni (minggu ni pun tak habis lagi) yang aku rasa cuma kebosanan , keboringan dan yang sama species dengan perasaan2 tu .. ah ! dah la kerja sejarah punya belambak , 17 muka surat untuk disiapkan dalam masa seminggu ! (Sory pada Ckg Che Rosma di SMK Bndr Rinching Semenyih kalau tetiba saja boleh jumpe blog ni ..)

guru besarku sudah pindah .. naik pangkat .. (guru besar pun ade pangkat lagi tinggi ke?) umm .. sepatutnya aku bagi pihak PRS sekolah (pembimbing rakan sebaya) nak bagi kad pada guru besar , tapi entah macam mana kawan aku yang pegang kad tu boleh tak datang pulak .. apa lagi , mengamukla aku .. (ni contoh PRS yang tak baik ni ..) ye la , orang punya penat siapkan bahan2 dia .. die pulak boleh tak bawa kad tu .. nasib baik dia kata ada urusan keluarga , kalau tak , dah lama aku bertukar jadi sang belang . (Siapa yang tak tahu sang belang tu apa , pergi masuk sekolah aku , ada kelas pendidikan khas untuk anda) ..

Berbalik pada kerja sejarah tadi , aku fokus tentang masa . walaupun diberi masa seminggu untuk disiapkan (bagi kelas KRK macam kami ni lama gile) .. tapi seandainya aku tak urus kerja sekolah aku tu dengan baik , ia akan bertangguh . "Ala releks la dulu , lagi lima hari Ckg Rosma nak .." macam tu la pujukan ablasa (macam filem rasukan ablasa la pulak) yang menyuruh aku untuk mengikut cakap die supaya tangguh kejap kerja aku tu .. padahal kerjanya bukan banyak mana .. fotostet gambar lepas tu tampal , mana bahagian yang kena tulis tu tulis la ..

jadi berlalulah nikmat masa lapang yang aku ada .. tup tup .. esok cikgu bagi kerja tambahan . dah sebok . terkial-kial nak buat kerja . mana satu yang nak dibuat pun tak tahu . dah pening . banyak sangat kerja la katakan . terasa masa sungguh padat . nak berehat kejap pun rasa macam tak boleh , kalau rehat kejap dah dosa . macam tu la rasanya . tapi alhamdulillah , aku berjaya susun masa dengan baik , dapat juga siap . tapi seandainya aku dah buat sikit semasa masa lapang aku , tak ada lah padat sangat macam ni . ish3 ..

cerita kedua : aku ada seorang kawan . aku kelas KRK , die KAA (kelas aliran agama) . dia ni pantang jumpa aku nak ejek . nama budak laki itu lah , ini lah .. aku ni dikatakan suka budak ini lah , itu lah .. buat gosip je memanjang . lepas tu pulak , kawan2 dia pun terikut ejek aku . dah ramai la mengejek . aku macam naik geram je dengan dia ..

tapi keistimewaannya ialah die tu suka memberi semangat kat aku . aku masuk pertandingan , dia cakap kat aku , " go aina ! semoga berjaya ! " kebetulan pulak kami sama rumah sukan , biru : satria . dan kebetulan sekali lagi kami masuk dua pertandingan yang sama . spelling bee dan pengacaraan . pengacaraan tu aku dapat tempat ketiga , dan die keempat , tapi beza markah kami cuma satu je . hehehe ..

berlalulah masa , tiba bulan mac . masa hari isnin tu dia ada , datang . die ejek aku lagi , kali ni dengan nama sepupu lelaki dia yang masa minggu lepas , aku call handset dia tapi sepupu laki dia yang jawab . so die ejek la aku . lantaran marah gile nak meletup , aku jerit2 kat dia , "kau ni pasal ah asyik nak ejek orang je .. " lepas tu aku tak cakap dengan dia langsung selama dua hari . tup tup hari rabu , masa tu ada aktiviti kokurikulum , dia tak datang . aku hairan . dia kan anak cikgu , takkan tak datang ? lepas tu masa sekolah (sekolah petang) pun dia tak datang . aku hairan lagi . kalau setakat aktiviti kokurikulum dia tak datang okay lagi , ni sekolah pun dia tak ada . esok pagi nya ada latihan sukan . pun dia tak datang , padahal kereta biru mak dia ada terpacak kat depan taman sekolah.

mak dia seorang guru , mestilah kena mengajar . tapi anak bongsunya tak ada . kebetulan latihan rumah satria tak ramai datang . mujurlah ada sarah afiqah . dia teman aku sepanjang latihan . sarah juga bosan sebab kawan baik die tak ada . tapi bila sarah sedang buat aktiviti , aku duduk je termenung fikirkan anak cikgu tu . kalau die ada , dah lama dia ambil batang ranting tu kemudian mengusik aku . lawaknya waktu tu . gembiranya detik itu . manisnya memori itu . tetapi sekarang ALLAH sedang mengujinya dengan sakit , aku rela . ALLAH bukan sahaja mengujinya , tetapi juga mengujiku .

kerana ? baru sekarang aku tahu , erti nikmat dan kehilangan . bersyukurlah dengan apa yang masih ada pada kita sekarang . jangan esok lusa nikmat itu ditarik balik , baru kita menghargainya , kerana ia sudah terlalu lewat jika ALLAH menariknya untuk selamanya !

Pesan Rasulullah , ingatlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara :

* masa muda sebelum masa tua
* masa sihat sebelum masa sakit
* masa kaya sebelum masa miskin
* masa lapang sebelum masa sibuk
* masa hidup sebelum masa mati

AinaKyra 96
5 Mac 2009

0 comments: