? ??????????????My Passion? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??1 Grab Today. 1 Total Grab. ??????Get
the Code?? ?? ?????Stack My Loot? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??0 Grabs Today. 0 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Luck 'O The Buterflies? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Rat CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?
Showing posts with label motivations. Show all posts
Showing posts with label motivations. Show all posts

Sunday, March 8, 2009

Sejauh Mana Kita Rakyat Malaysia Mementingkan Kebersihan ?

assalamualaikum ,

pertama sekali , blog ini diolah berdasarkan pengalaman hidup saya sehari-hari di sekolah menengah , di mana saya ambil pengalaman itu dan kemudian diolah dan dikaitkan dengan sesuatu isu atau nasihat . setiap apa yang kita buat ada sebab dan hikmahnya yang tersendiri . tapi kalau ada event menarik untuk dikongsi macam hari sukan ke apa ke , akan saya turut paparkan di sini .

okay , kita pergi straight to the point . tengah hari , khamis . punye la rush pasal tertinggal drawing block (rumah saya 2 tingkat , terpaksa panjat tangga nak ambil) , nasib baik sempat . kalau tak , habis la riwayat aku di tangan pn . apizal , guru seni aku merangkap guru disiplin skola .. (padahal die bukannye masuk selalu pun dlm kelas) ..

aku skola petang . ayah aku kerja . mak aku malas nak drive pasal lesen kereta die yang hilang tak buat2 lagi . so aku kena tumpang kawan mak aku , yang kebetulan anak die skola sama dgn aku , sama tingkatan . cuma die 1D , aku 1 KRK (aku lg ade class .. hehe) .. tapi anak kawan mak aku tu laki . agak kekok kalau nak cakap dgn die . sudahnye sampai skrg x pernah berckp. :)

jadi hari tu pun sama , tumpang kawan mak aku , dan mak aku ikut skali hantar gi skola . asal aku msk kereta mak aku bagi salam . tgh cuba nak selesakan diri duduk dlm kereta tu , anak die yang duduk kat dpn tu buang sampah kat dalam bekas tepi tempat duduk tu . ape lagi , mak die 'sound' la .

" hey amir ni , lepas makan coklat main buang je pembungkus die dlm kereta . kite jugak yang kena kutip ," kata kawan mak aku tu . yang anak die tu buat bodo je . kalau balas karang jadi kurang ajar pulak . tapi kena malu la . hehehe ..

aku pun terfikir . aku sebagai anak mesti tak sehaluan . bagi aku , walaupun buang sampah dalam kereta , tapi takde la mengotorkan sebab nanti sampah tu kite kutip dan org tak nmpk . dari campak sampah ke merata tempat , lepas tu orang bangla atau indon yang tukang sapu sampah tu kena sapu (sian la sama tukang sapu tu , letih diorg keje tau) .. dan kadang2 kalau belum disapu menjadi bahan tontonan pelancong asing , tak ke malunye kite rakyat malaysia ni .

tapi malas nak menyampuk nanti dikata kurang ajar pulak . sudahnye aku pun diam . sampai kat simpang belok kiri nak masuk perumahan seksyen 5 bndr rinching (hujung jalan tu la skola aku terletak) ada van depan aku . tengok ade bdk2 skola dlm van tu aku dapat agakla yang tu van sekolah .

tgh dlm perjalanan tu ade sampah keluar dr van tu . nasib baik sampah tu masuk longkang . aku ingat pakcik or makcik van tu tegur la budak tu sebab buang sampah , atau kwn die yg tegur . ini tak , makin menjadi2 . makin byk pulak sampah yang keluar dari van tu . salah satu sampah tu terkena kereta proton wira kawan mak aku . cis , kalau agaknye kawan mak aku tu pelancong jepun , digelengnye kepala tak henti2 . ye la , negara die punye la bersih , datang malaysia ingatkan bersih juga , rupa2nye lagi kotor .

kawan mak aku tu pun ckp , "hai tengok le budak2 tu . main buang je sampah ikut suka die ."

mak aku pun menyampuk , " tu la pasal . amir elok lagi , buang sampah dlm kereta , dari buang merata tempat ." semua tergelak sikit .

then aku pun terfikir . bulan lepas ayah aku bagitau yang malaysia menduduki tempat yang ke sepuluh (dari belakang) yang terbersih di dunia . ape nak jadi . kadang2 terfikir , macam mana boleh jadi macam ni ? sedangkan mana2 tempat kite tengok bersih aje . memangle tempat peranginan , mestila dijaga sebaiknye utk hidangan mata pelancong , supaya pelancong kagum dgn malaysia . cuba pergi tempat perumahan biasa . sampah berlonggok tak dikutip . menjijikkan , betul tak ? pergi le tandas awam . punye 'wangi' macam perfume jenama silky girl , silky men . wanginye sampai kena tutup hidung setiap kali masuk . tu la dahsyatnye di malaysia ni , bukan je kat padang futsal politik je yang hebat .

masa skola rendah kat kl dulu , sama je . naik bas . kadang2 ade kawan aku suruh aku buang sampah kat luar melalui tingkap bas . tak sanggup aku . dah aku tak nak , die gi lak suruh adek die buang , adek die tu ikut je cam kuli . so , pendidikan memainkan peranan yang penting dalam membentuk adab dan akhlak . didik ni bukan je kat skola , itu jenis pendidikan formal . pendidikan yg tidak formal memberikan impak yg lebih besar pd kanak2 . especially ibu bapa . kalau diorg nampak mak bapak diorg pun sekaki je suka buang sampah , diorg pun ikut le secara automatiknye .

aku tak nak meleret citer panjang byk2 , it's all depend to you . org slalu ckp sabar tu sebahagian dr iman , kebersihan pula ? islam amat menitikberatkan kebersihan bg umatnye , cuma umatnye je liat nak ikut ..

nak tambah ? ade respon ? comment di sini ok ..

AinaKyra 96
8 Mac 2009

Thursday, March 5, 2009

Nikmat dan Kehilangan ...

Assalamualaikum ,

ish ! boring gila ! macam nak mati tau ! sepanjang minggu ni (minggu ni pun tak habis lagi) yang aku rasa cuma kebosanan , keboringan dan yang sama species dengan perasaan2 tu .. ah ! dah la kerja sejarah punya belambak , 17 muka surat untuk disiapkan dalam masa seminggu ! (Sory pada Ckg Che Rosma di SMK Bndr Rinching Semenyih kalau tetiba saja boleh jumpe blog ni ..)

guru besarku sudah pindah .. naik pangkat .. (guru besar pun ade pangkat lagi tinggi ke?) umm .. sepatutnya aku bagi pihak PRS sekolah (pembimbing rakan sebaya) nak bagi kad pada guru besar , tapi entah macam mana kawan aku yang pegang kad tu boleh tak datang pulak .. apa lagi , mengamukla aku .. (ni contoh PRS yang tak baik ni ..) ye la , orang punya penat siapkan bahan2 dia .. die pulak boleh tak bawa kad tu .. nasib baik dia kata ada urusan keluarga , kalau tak , dah lama aku bertukar jadi sang belang . (Siapa yang tak tahu sang belang tu apa , pergi masuk sekolah aku , ada kelas pendidikan khas untuk anda) ..

Berbalik pada kerja sejarah tadi , aku fokus tentang masa . walaupun diberi masa seminggu untuk disiapkan (bagi kelas KRK macam kami ni lama gile) .. tapi seandainya aku tak urus kerja sekolah aku tu dengan baik , ia akan bertangguh . "Ala releks la dulu , lagi lima hari Ckg Rosma nak .." macam tu la pujukan ablasa (macam filem rasukan ablasa la pulak) yang menyuruh aku untuk mengikut cakap die supaya tangguh kejap kerja aku tu .. padahal kerjanya bukan banyak mana .. fotostet gambar lepas tu tampal , mana bahagian yang kena tulis tu tulis la ..

jadi berlalulah nikmat masa lapang yang aku ada .. tup tup .. esok cikgu bagi kerja tambahan . dah sebok . terkial-kial nak buat kerja . mana satu yang nak dibuat pun tak tahu . dah pening . banyak sangat kerja la katakan . terasa masa sungguh padat . nak berehat kejap pun rasa macam tak boleh , kalau rehat kejap dah dosa . macam tu la rasanya . tapi alhamdulillah , aku berjaya susun masa dengan baik , dapat juga siap . tapi seandainya aku dah buat sikit semasa masa lapang aku , tak ada lah padat sangat macam ni . ish3 ..

cerita kedua : aku ada seorang kawan . aku kelas KRK , die KAA (kelas aliran agama) . dia ni pantang jumpa aku nak ejek . nama budak laki itu lah , ini lah .. aku ni dikatakan suka budak ini lah , itu lah .. buat gosip je memanjang . lepas tu pulak , kawan2 dia pun terikut ejek aku . dah ramai la mengejek . aku macam naik geram je dengan dia ..

tapi keistimewaannya ialah die tu suka memberi semangat kat aku . aku masuk pertandingan , dia cakap kat aku , " go aina ! semoga berjaya ! " kebetulan pulak kami sama rumah sukan , biru : satria . dan kebetulan sekali lagi kami masuk dua pertandingan yang sama . spelling bee dan pengacaraan . pengacaraan tu aku dapat tempat ketiga , dan die keempat , tapi beza markah kami cuma satu je . hehehe ..

berlalulah masa , tiba bulan mac . masa hari isnin tu dia ada , datang . die ejek aku lagi , kali ni dengan nama sepupu lelaki dia yang masa minggu lepas , aku call handset dia tapi sepupu laki dia yang jawab . so die ejek la aku . lantaran marah gile nak meletup , aku jerit2 kat dia , "kau ni pasal ah asyik nak ejek orang je .. " lepas tu aku tak cakap dengan dia langsung selama dua hari . tup tup hari rabu , masa tu ada aktiviti kokurikulum , dia tak datang . aku hairan . dia kan anak cikgu , takkan tak datang ? lepas tu masa sekolah (sekolah petang) pun dia tak datang . aku hairan lagi . kalau setakat aktiviti kokurikulum dia tak datang okay lagi , ni sekolah pun dia tak ada . esok pagi nya ada latihan sukan . pun dia tak datang , padahal kereta biru mak dia ada terpacak kat depan taman sekolah.

mak dia seorang guru , mestilah kena mengajar . tapi anak bongsunya tak ada . kebetulan latihan rumah satria tak ramai datang . mujurlah ada sarah afiqah . dia teman aku sepanjang latihan . sarah juga bosan sebab kawan baik die tak ada . tapi bila sarah sedang buat aktiviti , aku duduk je termenung fikirkan anak cikgu tu . kalau die ada , dah lama dia ambil batang ranting tu kemudian mengusik aku . lawaknya waktu tu . gembiranya detik itu . manisnya memori itu . tetapi sekarang ALLAH sedang mengujinya dengan sakit , aku rela . ALLAH bukan sahaja mengujinya , tetapi juga mengujiku .

kerana ? baru sekarang aku tahu , erti nikmat dan kehilangan . bersyukurlah dengan apa yang masih ada pada kita sekarang . jangan esok lusa nikmat itu ditarik balik , baru kita menghargainya , kerana ia sudah terlalu lewat jika ALLAH menariknya untuk selamanya !

Pesan Rasulullah , ingatlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara :

* masa muda sebelum masa tua
* masa sihat sebelum masa sakit
* masa kaya sebelum masa miskin
* masa lapang sebelum masa sibuk
* masa hidup sebelum masa mati

AinaKyra 96
5 Mac 2009